2008 adalah tahun pertama aku memasuki medan tempur online ini. Walaupun aku mengetahui tentang hebatnya medan tempur ini sejak tahun 2006. Aku mengetahuinya sejak 2006 adalah secara tidak sengaja... apabila aku terbuka website pemuda jutawan Malaysia iaitu Irfan Khairi. Aku pun dah lupa apa title website tersebut...dan yang pasti aku tertarik dengan apa yang diceritakan oleh beliau dalam website itu...tertarik,tergoda dan terpengaruh dengan 'bunga-bunga' kata yang terpampang di dalam website Sedara Irfan, aku cuba untuk mendaftar dan ikut serta kursus yang beliau anjur....
TETAPI aduhhhh...apabila aku tekan je butang untuk daftar..tu dia..keluar jumlah RM yang perlu aku bayar...RM 700...harga kursus Sedara Irfan pada masa itu..(seingat-ingat lupa aku laaaa)...tarik nafas panjang aku...dah la baru kerja,simpanan pun blom seberapa...terpaksa la aku kensel... Tapi korang tengok la kursus/seminar yang dianjurkan oleh Sedara Irfan sekarang..meletup-letop..penuh dewan,permintaan sentiasa tinggi untuk hadir ke setiap 'function' yg beliau anjur.
Aku terus mencari-cari..jeng-jeng..dan akhirnya aku pergi ke pejabat Sedara Irfan di ...alamak..lupa la... aku beli buku 'Pelajari Cara Mulakan Perniagaan Internet Dari Rumah Dalam Masa 7 hari'...selepas baca dan faham sket-sket (aku bukan pakar IT), baru la aku tahu..begitu begini..perlu ada tu perlu ada ni..perlu buat tu perlu buat ni..untuk buat bisnes online ni...sudahnya aku blur berpanjangan......
jadinya...aku nak pesan kat korang dan juga diri aku sendiri..lain kali kalu nak berguru mesti ada gurunya sekali..bukan sekadar baca buku/kitab..sebab kalu baca buku/kitab aje tanpa ada guru untuk refer/rujuk maka contoh terbaiknya terjadilah sepertimana aku...bluuuuuuuurrrr...dalam Islam pun ada pesan.."belajar tanpa guru..maka setan la pembimbingnya.."


0 comments:
Post a Comment